Janggut dan fadhilatnya.
بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
KAJIAN MENGENAI JANGGUT
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang
apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian
klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil
kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul
gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of
Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human
Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat
diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid
selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH ...!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang
belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan
mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu
janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran
oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan
hikmah dan kelebihannya.
Wallahualam.
RASULULLAH SUKA
TENGOK LELAKI BERJANGGUT WALAU SEHELAI.. Pada zaman Rasulullah..ada
seorg lelaki yang berjanggut 2 helai datang ke masjid dan masa mengambil
wuduk..lelaki tersebut memandang Rasulullah.. Rasulullah pun senyum
kepada lelaki itu..lelaki itu hairan mungkin Rasulullah senyum kerana
janggut lelaki itu hanya 2 helai di dagu.. Keesokkan harinya lelaki
tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila
terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman
tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut…
Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…
“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti
sebelum ini?"
Lalu Baginda menjawab "SEBELUM INI AKU NAMPAK
MALAIKAT BEREBUT-REBUT UNTUK MENADAH AIR WUDUK YANG JATUH DARI JANGGUT
MU...TETAPI APABILA KAMU MENCUKUR JANGGUT MU...TIDAK ADA LAGI MALAIKAT
YANG MENUNGGU DI JANGGUT MU WAHAI SAHABAT"
#Simpanlah janggut ye kaum Adam..ianya Sunnah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan